Thursday, 19 January 2012

Maksud Khal

Apakah itu Khal

Ramai yang bertanya kepada saya apakah maksud khal. Di sini saya terangkan serba sedikit maksud khal untuk tatapan semua.
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, kemudian ia bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris khal dikenali sebagai vinegar.



Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Baginda SAW ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.


MENURUT PERUBATAN ISLAM

Khal tidak melalui proses penapisan atau penyulingan bagi memelihara keaslian yang berkhasiat. Ia dicampur dengan madu asli bagi memenuhi keberkesanan khasiat minuman kesihatan KHAL menurut kaedah perubatan Islam. Ia merupakan minuman kesihatan yang diamalkan oleh para nabi pada suatu masa dahulu. Tambahan pula khal ini didatangi bersama dengan sebotol kecil herba. KHAL tidak mengandungi pewarna tiruan, perisa dan bahan pengawet.

KHASIAT KHAL SECARA UMUM

Menurunkan kandungan gula dalam darah

Mengekalkan darah pada tahap yang konsisten

Menurunkan darah tinggi

Membuang kolestrol lemak di badan terutamanya pada system usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang

Membaiki fungsi buah pinggang dengan cara memulihkan sel-sel organ badan

Membantu dan mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesity) bagi mengelak daripada terjadinya penyakit kencing manis

Membantu mengawal metabolisme kalsium, menstabilkan asid dalam badan

Dapat merawat masalah gaut

Awet muda, badan yang langsing, keremajaan kulit di muka. Kulit kesihatan sihat

Melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam dikulit

Membantu mengatasi masalah sembelit, terjadinya buasir

Menstabilkan air kencing, mencuci buah pinggang, pundi kencing, kencing rasa tak puas bagi lelaki dan perempuan kerana khal membunuh bakteria berbahaya (E-Coli). Kepuasan membuang air besar serta mengelak masalah usus dan berbagai penyakit merbahaya yang lain

Mencegah dari awalnya batu karang di pundit kencing di buah pinggang dan batu di hempedu

Membantu serta mencegah masalah kuman dan bacteria dari organ-organ terutamanya di usus, tisu-tisu badan serta sendi dan masalah arthritis (masalah tulang)

Membantu serta melegakan masalah sakit kerongkong, saringitis, menguatkan gigi gusi dan membunuh kuman(bakteria)di mulut

Membantu serta merawat pesakit asma, selsema, batuk yang berpanjangan dan sinus (resdung) untuk bernafas secara normal

Melegakan kepenatan, sakit kepala serta membuang kepanasan badan, memulih tenaga

Mencegah masalah kelumumur, kegatalan kulit kepala, rambut kering, rambut gugur dan botak


KENYATAAN DARI SAIYIDINA ALI K.W

Terjemahannya: "Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati".
Lihat dalam Kitab Perubatan Saiyidina Ali K.W. oleh Muhsin Aqil, Darul Mahajjah Al- Baida', Bairul 1418, muka surat 320-325.

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK PERUBATAN ISLAM TERKENAL IAITU IBNU SINA (TAHUN 370-428 H) DALAM KITAB BELIAU AL-QANUN FI AL-TIB TAHQIQ DAN TA'LIQ OLEH SA'ID AL-LAHHAM, JUZUK 1, DARUL FIKRI, BAIRUT TAHUN 1414 H, MUKA SURAT 908-909.

Terjemahannya: "Khal dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolestrol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga, serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan.
Lihat juga kitab Saidaliyyatu Ibnu Sina, Syarah dan Ta'lik oleh Ridho 'Ayash, Darus As-Surur, Bairut, Tahun 1420 H, muka surat 725-727.

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK ISLAM TERKENAL IAITU IBNU QAIYYIM AL-JAUZIYYAH (TAHUN 691-751 H) DALAM KITAB BELIAU AL-TIB AL-NABAWI DARUL KITAB AL 'ARABI, BAIRUT 1410 H, MUKA SURAT 233.

Terjemahannya: Khal bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Khal dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang terketul dalam perut (masalah ganguan haid). Khal bermanfaat masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi ditubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun)

KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?

Khal kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta korena dan vitamin P (bioflavonoid).

KELEBIHAN KHAL DARIPADA BUAH KURMA

Ini kerana khasiat kurma yang terlalu banyak untuk kesihatan badan. Diantara hadis Nabi SAW ialah

Terjemahannya: "Terdapat di dalam hadis As-Shahih dari Nabi SAW "Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) dipagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu".

(Di keluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)

Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambah air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.

KELEBIHAN KHAL DAN MADU

Menurut kitab-kitab perubatan Islam, ianya dapat mencepatkan tindakbalas kesihatan badan serta penyembuhan pelbagai penyakit. Madu lebah juga adalah ubat yang turun bersama wahyu. (Lihat surah Al-Nahl, ayat 65-69)

No comments:

Post a Comment